Wednesday, October 3, 2007

10,9,8,7,6,5,4,3,2,1 Coundown

Masa bergerak pantas...jam berdetik dengan laju.Sedar tak sedar ramadhan bakal melabuhkan tirainya.Hanya tinggal 10 hari terakhir dibulan ramadhan.Pada awal nya rahmat,pertengahannya pengampunan dan akhirnya dibebaskan dari belenggu apa neraka.Sekarang ni kita berada dalam fasa terakhir ramadhan.Sedangkan kita bz dengan amalan-amalan kita juga bz dengan persiapan raya kan.Bagi aku akhir-akhir ramadhan ni tak dapat aku nak bg fokus 100% dengan ibadat.Mana tidaknya asyik dengan majlis berbuka puasa di luar rumah.Jadi masa pun pendek.Aku seronok dengan ramadhan kali ini.Walaupun terpaksa berjauhan dengan mereka-mereka yang tersayang tapi aku tetap hubungi mereka hampir setiap hari.Kalu tak hubungi pun aku akan sms mereka bertanya kan berita dan khabar.Rasa juga sedih dihati kerana belum berkesempatan lagi untuk berbuka puasa dengan mereka-mereka ini.Insyallah ada masa lagi ni aku akan berbuka puasa bersama-sama mereka.

Hujung minggu aku turun naik pergi nilai.Ubah angin,sambil-sambil mengenali tempat-tempat disana.Mana tau kalau-kalau kena jadi orang sana pulak selepas ni.Aku berjaya harungi apa tindakan yang aku nak buat pada sabtu minggu lepas.Walaupun tiada hitam atau putih yang aku dapat at lease aku bangga dengan apa yang aku lakukan.At lease aku to be a gentleman.Betul tak.Sama ada baik or bad hasilnya semuanya kita perlu raikan.Bukan hanya kemenangan sahaja untuk diraikan.Kekalahan dan kegagalan juga perlu diraikan sekurang-kurangnya kita tau di mana kita sekarang ni.

Hari selasa hari yang paling mendebarkan.Apa tidaknya hari tu adalah hari aku kena present mengenai safety.Sampai je kat opis aku terserempak dengan org yang aku msg hari sabtu baru ini.Org yang aku telah luahkankan isi hati aku.Tak dapat aku bagi tumpuan untuk presentation aku.Apa tidaknya pegang je kertas present tangan aku terketar ketar macam orang yang baru tersempak dengan hantu.Tak pernah lagi aku dengan perasaan gemuruh mcm tu.Tapi hari ini aku berkesempatan berbuat dengan dia.Bertanya khabar.Sengaja aku datang awal untuk elakan dari berjumpa...tapi dia lebih awal datang.Nak tak nak aku buat keras je.Aku sembang dengan dia pasal kerja,pasal nak buat majlis buka poser dan pasal persiapan raya.Walaupun hanya sekejap...namun aku tetap puas hati.Anyway thanks......sangat-sangat.Kerana diberi peluang untuk berkata-kata walaupun sekejap......Hehehe.Untuk the special one SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & MAAF ZAHIR DAN BATIN.

No comments: