Sunday, February 18, 2007

Selamat Tahun Baru Cina

Selamat kembali lagi.Baru semalam rasanya pergi melaka...dah pulak balik kt.Esok berangakat balik pulang ke melaka.Perjalanan yang panjang tapi menyeronokan dengan permandangan kelapa sawit di Felda Palong.Selasa lepas balik melaka punya laa banyak kerja.Report TA baru ni bertambung-tambung.Ni tak siap lagi.Ada report yang tak complete lagi dari segi gambar.Kena masuk site pulak selasa ni utk retake gambar yang diperlukan.Sini ada beberapa keping gambar untuk di kongsi untuk kawan-kawan.

Ni gambar dalam opis MCI di PPM.Keadaan penuh dengan kertas document termasuk diagram dan diagram.Mana taknya.Setiap 1 equipment ada dalam 10 diagram.Bayangkan laa kalu ada 1juta equipment.Yang tengah main hanset tu Shahrail namanya.Dia ni freeland.Sekarang ni dia tak der pasal pertengahan bulan 2 dia kena pergi MLNG di Bintulu buat RBI iaitu risk based inspection.Aku tengah duk tengok diagram laaa.




Ni pun gambar dalam opis lagi.Yang tengah tu nama Azam..sifu aku laa tu.Orang sg petani kedah.Sekarang ni dia dah takder pergi Qatar.Ada job kat sana.Set-set otai katakan.Yang nampak belakang tu Maha..maha kaya cinta.Dia tu x ppm punya staff.Dia quit ppm masuk kat kompeni aku sebagai freeland.








Ni pulak gambar masa TA pada waktu malam dalam cabin inspection.Biasalah bila sebut jee TA kerja tak kira waktu.Around the clock laaa.Mujur tak around the world.Aku pun tak igat aku tengah buat apa masa ni.Yang pasti tengah diskas laaa dengan team mate namanya Uzaini nak pergi melawat kat equipment mana.

Wednesday, February 7, 2007

Ruang Terkurung.Confined Space


Ruang terkurung adalah satu ruang untuk bekerja dan bukan untuk di diami.Ianya boleh dimasuki dengan lubang yang kecik(man hole) bersaiz 20" atau 24" mengikut saiz sebenar equipment.Antara equipment yang mempunyai ruangan terkurung adalah,furnace,vessel,boiler,tank dan banyak lagi.Biasanya ada banyak kategori mengenai ruangan terkurung.Ada yang mengandungi hazad dan ada yang tidak mempunyai hazad.Biasanya untuk memasuki ruangan terkurung kita memerlukan PPE yang sesuai.Antaranya,Safety helmet,safety class,respirator,tyvex.Kalau lihat pada gambar tu manhole adalah yang mempunyai tangga itu.Gambar sebelum memasuki tank.Ada sesetengan kompeni hanya memerlukan basic PPE untuk memasuki rungan terkurung.




Keadaan dalam ruangan terkurung.Biasanya akan ada pengaliran udara semasa kita bekerja didalamnya.Saya dikehendaki untuk mengambil bacaan ketebalan tank menggunkan ultrasonic.Biasanya ketebalan tank tidak kira sama ada materia itu carbon steel atau stainless steel akan berkurang.Ada juga bacaan yang kita dapat bertambah.Besi boleh beranak ker??

Tuesday, February 6, 2007

Kerja...kerja..Kerja

Alhamdulliah..akhirnya berjaya juga aku lalui saat-saat sukar.Walaupun hampir satu bulan kerja tanpa cuti mingguan akhirnya aku pulang juga ke kuala terengganu.Selepas habis projek di flexsys chemical dan kaneka paste polimer.Banyak pengalaman baru yang dilalui.Flexsys paling safety.Sana dia org ambik berat pasal safety.Tak macam kanneka.Main hentam jee.Just ambik syarat jee.Kat flexsys juga hset nokia 6680 aku kena cilok.siot.Kunci locker tercicir langsung kena kebas.Nanti aku poskan gambar-gambar kenangan kat kaneka.Di flexsys tak sempat nak ambik.