Sunday, January 21, 2007

Turnaround 2007






Sekarang ni tempoh masa TA07.Masa ni kerja memang pack.24 jam seminggu 2 shift.Pada masa ni operation tak jalan.Hanya sesetengah tempat je yang jalan.Sekarang ni pekerja pada waktu siang 1500 org.Malam pula 500 orang.Pada masa ni semua equipment akan dicuci dan inspection akan dibuat untuk tengok keadaan di dalamnya.Bermacam2 rupa laa.Memang kotor giler laaa.Selepas je equipment dibuka dia akan dibuat pre-inspection untuk memastikan tidak ada barang-barang pelik didalamnya.Selepas buat pre process cleaning akan dibuat.Selepas cleaning final inspection pula.Kalu lepas DOSH pulak akan inspect.Aku 2 hari lepas kat pukul dua pagi baru balik.Aku pergi buat boroscope.Boroscope ni alat kecil untuk kita ambik gambar internal pipe.Boroscope

dinbuat untuk kita tgk keadaan dalam pipe.Kalu ada org kenek pok li boleh sewa.Suruh dia gi ambik gambor.hahah.




Ni gambar tubesheet.Dalam pipe kecik tu laaa boroscope akan dimasukan.Biasanya random 5-6 lubang akan di masukkan untuk buat inspection.










<---Gambar keadaan dalam tiup.Rasa-rasa orang kenek pokli boleh masuk dop??

Aku Sekarang...








Ni aku akan postkan gambar-gambar posing semasa take rest dari buat kerja.Yang baju merah tu Botak nama dia.Dia tu xclass mate aku masa belajar.Dia buat QC.Aku buat inspector.Bukan inspector polis...




Gambar tu aku baru ambik tadi.Semasa buat kerja.Aku separuh hari pasal esok nak kena pergi Gebeng.Ada projek sana dua minggu.Yang ni atas platform.Satu stage lagi kira rooftop laaa.Angin kuat giler masa ni.Terketar-ketar aku dibuatnya.Ni sturcture yang paling tinggi sekali laaa.Duduk atas ni memang nampak laa seluruh Melaka.









Gambar ni masa aku pergi buat inspection tukar valve dangan QC dan senior inspector.Nama dia inspector tu POKYA.Dia ni memang otai gile laa.Set-set main offshore.Dia yang ambik kan aku gambar nie.

Gambor ni Coloum.Aku panjat baur pertama kali.Dah la pakai tangga yang melekat kat tepi dinding coloum.Memang penat giler babeng laaa.Sapa je kat roof dia.Bergoyang.Ketar juga aku di buatnya.Aku tanya laa pada QC yang ikut aku tu.Benda ni bergoyang ker?Dia kata memang bergoyang.Kat atas tu muat-muat je untuk 4 orang bediri.Aku pergi cek valve replacement kat atas tu.Pokya tak naik...dia yang suruh aku naik.

















Skop Kerja


Kat sini aku di letakkan dalam inspection punya.Aku punya skop maintenance structure.Aku baut spring hanger a.k.a pipe hanger.Pipe hanger ni berfungsi untuk support pipe line dan equipment.Biasanya pipe line yang tergantung akan menggunakan menda alah ni.Aku kena catat condition pipe ni.Ambik reading iaitu travel limit dan load spring.Ada dekat 500 unit laaa.Kat unit aku baru buat saja ada dalam 67 unit.20 unit aku tak dapat buat sebab terlalu tinggi atau susah nak capai.Ada spring ni yang dah berkarat dan ada juga yg jem kleng.Aku kena ambik gambar untuk digunakan sebagai eviden untuk reporting.Kamera sebenarnya 100% barangan larangan.Oleh kerana kerja...kira tolak ansur laaa. Gambar tu adalah contoh menda alh ni.Dia ada bayak jenis.Yang ni namanya constant pipe hanger.

Thursday, January 18, 2007

Salam Perkenalan

Salamz.......
Kali pertama aku tulis blog.Memang hajat nak tulis blog ni lama dos...Tapi gitu laaa asyik bz sepanjang masa.Akhirnya dapat jugaz aku menulisnya.Sekadar untuk berkongsi cerita mengenai perjalanan hidup yang baru ditempuhi.Semoga...kamu semua pun tau perjalan hidup yang baru.Sekarang ni aku berada di Melaka.Bandaraya bersejarah.Kecik je negeri ni.Boleh gi mari laaa.Kat tempat aku ni pulok..macam ala-ala trg kiter laaa.Dok jem mana.Time gi kerja ngam balik jee.Time lain langsung dok jem.Sampai hari ni dah nak masuk 1 bulan dos kat sini.Sambil belajar benda-benda baru kat Petronas Penapisan Melaka.Banyak menda nak kena catchup.Segala ilmu yang ada masa belajar ari tue..sikit2 je paka.Yang lain semua benda baru BEB.Hahaha.Sekarang ni kerja 7 hari seminggu.Shutdown..kena kerja 12 jam.Stat 8 pag sampai laaa 8 mlm.Tapi aku tak tentu masa juga masuk kerja.Banyak menda nak kena urus.Soal-soal komputer pun kena handle laaa juga.So ilmu it masih berguna juga laa disini.

Pasal ofice pulak.Dalam bangunan MCI di petronas.Material and corosion inspection department.Duduk geliwat dalam ni laaa kalu tak masuk plant.Biasa buat report laaa.Tak pun tengok-tengok orang.Gorpis...memang takder langsung.Curi-curi minum gitu laaa.Kena jaga reputasi laaaa..Petronas katakan...Heheh.....