Sunday, October 28, 2007

21 Hari Yang Panjang

Erm...tak sempat aku nak luangkan masa untuk menulis pasal idup aku.Sejak pulang je dari cuti raya aku asyik bz memanjang.Mana tidaknya banyak kerja yang aku nak kena cover.Tambahan lagi ada pulak equipment yang pulak kat dalam plant sana.Terpaksa aku kerja 12 jam sehari.Aku masuk pukul 8 mlm hingga 8 pagi.Mak oi.^ hari aku kena kerja shift malam.Buntu perjalanan hidup aku.Bila kerja pada waktu malam so takder laa masa untuk aku spend kan untuk buat aktiviti sosial aku.Si dia pun lama jugak aku tak jumper.Aku check aku punya phone calendar aku pun kira berapa hari dah aku tak jumper dengan si dia.21 hari rupanya...sejak last aku buka puasa sama-sama dengan dia.Patut laa aku rasa rindu kat dia.Aku ada mgs kat friendster...aku cakap aku dah rasa rindu kat dia.Akhirnya minggu lepas baru laa aku berkesempatan untuk berjumpe.Walaupun sekejap tapi sempat juga aku berborak.Memang lama benar tak jumper..walaupun berada satu tempat....tapi masa yang memaksa aku berada jauh dari dirinya.Tapi awak semakin cantik laaa.Huhuhu.

Banyak kali aku buat draft nak tulis pasal hidup aku lepas raya.Tapi tak sempat.NAk tulis jee idea tak ada.Tak macam bulan puasa.Penuh dengan idea.Ada juga minggu yang aku lalui dengan tekanan dan stress.Biasanya kawan-kawan aku laaa yang membuatkan aku stress.Siot si bohjan.Dia ni kawan aku masa kat TATI.Dia laa yang buat aku jadi stress.Takper..sekarang ni giliran dia.Tunggu laaa nanti giliran aku pulak.Huhuh.KEadaan kesihatan aku pulak tak berapa baik.Batuk aku pun..macam sama je.Walaupun dah pergi klinik jumper doc.Last sekali aku pergi hari rabu baru ni.Tapi mujur ada jugak laa perubahan.Banyak ubat nak kena makan.Leceh...dah lee air batu dan air sejuk tak dapat nak makan.Aku teringin nak makan ais kerim maaaaaa.
Tapi mujur laa......ada hikmatnya laaa batuk2 ni.at lease aku tak laa minum air sejuk sagt.Bila dah lama tak minum rasa mcm dah takder apa-apa dah.Cool jee..Heheh...ok laaa nanti aku update lagi.Nak pergi rumah terbuka pulak...heheh...

Friday, October 19, 2007

Parenthood

Aku rasa aku belum lagi mengalami transformasi dalam hal ini.Tapi aku tergerak untuk menulis pasal benda ini.Bukan apa aku pun pasti suatu hari nanti akan lalui atau harungi detik ini.Iaitu menjadi parents.Atau aku lebih suka dengan wording parenthood.Mungkin kalu penulisan aku tak bagus bagi orang-orang yang dah jadi parent ni boleh laa tolong perbetulkan.Pada pagi tadi aku baru sahaja selesai tengok citer Cheaper by the dozen.Walaupun citer ni citer komedi tapi banyak moral dan pengajaran yang dapat kita adaptasi dalam kehidupan kita bila kita dah bergelar menjadi parent.Apa yang menarik dalam citer tu walaupun mempunyai 12 orang anak yang kecik dan besar diaorang steady je menjaga anak-anak mereka dengan kerenah yang giler-giler.Yang menarik perhatian aku adalah satu phrase di mana ada mengatakan "Tiada ibu bapa yang sempurna dalam dunia,tapi ada 1juta jalan untuk menjadi sempurna".Wow...menarikan.Bagi aku laa walaupun kita tak memiliki parent yang perfect tetapi dapat parent yang hampir perfect tu pun aku rasa macam ok dah kerana dengan ketidak sempurnaan laa membuatkan kita berusha untuk menjadikanya perfect.Ada yang mendidik anak dengan cara tegas,ada yang mendidik dengan cara lembut dan ada yang mendidik dengan cara sederhana tak lembut dan tak tegas.Masing-masing parent ada reason sendiri mengapa dia orang berbuat demikian.Bagi aku suka dengan cara yang sederhana bermakna anak kita boleh jadikan kita kawan dia orang.MEreka boleh sharing something,tell someting dan mintak pendapat kita.It's mean sporting.Tapi aku rasa milenium ini ramai dan parent yang sporting dan tak macam kita dulu-dulu.Termasuklah aku.Walaupun parents aku tak der laa sporting mana tapi bila kita dah besar aku rasa dia orang jadi lebih sporting.Aku pun takder masalah nak kongsi masalah dan kemuskilan pada dia orang.Walaupun kadang-kadang jawapan yang dia orang bg berlawanan dengan pemikiran aku.Tapi ok laa at lease kita ada parents.Kalu ditanya pada aku..aku nak jadi parents yang macam mana?Aku nak jadi parents yang lembut dan tegas tapi berketempatan.Mama pulak macam mana?Biarlah mama yang jawap sendiri macam mana dia nak.Tapi kalu terlalu tegas sampai anak-anak pun takut nak tegur dan bercakap-cakap dengan parents dia orang takder makna juga.Tapi kalu terlalu lembut hingga naik atas kepala pun tak jadi jugak.Apa-apa pun kita yang mencoraknya.Hiasan yang mcm mana yang kita idamkan.Idea,kemahiran dan peralatan di tangan kita.Kita yang mencorakkan kain putih itu.Kepada semua parents(parent aku dan parent dia) Jasamu tetap kami kenang.

Aku tinggalkan satu lagu

Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan
Matahari
Ahai...

Yang dikurniakan dari Ilahi
Ahai...
Ayah dan ibu lah
Mesti dihormati

Ayah dan ibu
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat
Ahai...
Bagilah tunjuk ajar dan
Nasihat
Supaya hidup
Supaya hidup kita akan selamat

Sunday, October 14, 2007

Rindu Lebaran

Salam lebaran.Selamat Hari Raya.Aku berkesempatan juga untuk menulis dikala waktu hari raya.Banyak masa aku habiskan dihadapan PC yang usang aku ni.Mujur ada internet kat umah.Aku mengadap PC aku mulai dari pagi sehingga laaa aku nak kuar pergi beraya.OH rindu lebaran.Mungkin ini lebaran yang paling best dan mungkin lebaran in yang paling memboringkan.Tapi aku berkesempatan untuk bertemu sanak saudara yang pulang ke rumah pada lebaran ini.Ramai sepupu-sepupu yang kecik-kecik memenuhi setiap ruang rumah.Terutama dia TV hall.Apa tidaknya asyik tengok ASTRO CERIA.Sampai aku pun tak berkesempatan nak nonton TV.So aku terperak la dalam bilik komputer aku ni.Sambil-sambil surfing dan cari idea untuk kerja-kerja aku.

Awal pagi raya sesudah subuh aku mengunjungi pusara ayahanda yang lama sudah aku tidak ziarah sejak aku duduk di melaka.Kesunyian dan kesayuan pagi raya sebelum takbir raya menyedarkan kan aku bertapa kerdilnya ada dan bertapa sunyi jika kita pergi ke sana.Sedikit sebanyak menyedarkan dan mengingatkan aku.YA Allah ampunkan laa dosa hamba mu ini.Aku sedekahkan fatihah dan baca apa-apa yang patut.Selesai je sembanyang raya aku bermaafan dengan sanak saudara.Tersebak aku bila bermaafaan dengan ibu ku yang tercinta.Aku minta maaf sambil mintak dia doakan kesejahteraan aku dan halalkan makan minum aku.Aku tersentuh pagi itu.

Ramai juga tetamu yang datang pada hari pertama.Banyak masa aku habiskan dirumah dengan melayan tetamu.Penat gila aku hari itu sampai tertido aku dibuatnya.Bila petang baru la aku keluar menziarah.Walaupun tahun ini lebaran penuh dengan kesederhanaan tapi kegembiraan dan kecerian tetap dirasai oleh aku.Tapi best jugak kalu dapat beraya dikampung kan?Agak-agaknya bila laa dapat peluang untuk beraya di kampung.Aku tak pernah beraya dia tempat yang betul-betul kampung.Sebab rumah at the middle of town.Hehe.

Thursday, October 11, 2007

Kepulangan


Alhamdulilah...akhirnya aku berjaya juga sampai ker kuala terengganu.Setelah hampir 1 bulan lebih kat melaka dan hanya sempat 2 hari je berbuka dan berpuasa bersama famili kat sini.Perjalanan yang panjang,memboringkan dan memenatkan.Maklum laa bulan puasa mana ada masa nak minum or makan waktu drivekan.Kalu tidak batal la puasa.Semalam selepas asar aku bertolak dari sungai udang melaka dan sampai kat umah dalam pukul dua setelah aku drop semua penumpang-penumpang ke rumah masing-masing.Aku sempat berhenti sekejap sebelum masuk bandar muazam itu pun untuk berbuka puasa di tepi jalan.Menu berbuka ari tu coklat cadbury dengan air teh je.Kira ok laa.Aku malas nak stop kat kedai makan.Konon2nya nak save masa laa.Nak cepat sampai ker Ktrg.Break fasting dekat muazam..sekejap je Minggu ini minggu yang paling best dan tak best.Dua-dua perasaan ada.Yang tak bestnya ialah bulan yang penuh dengan keberkatan ini meninggalkan kita.Bulan yang penuh dengan rahmat,pengampunan dan memenuhi hajat yang hanya tingaal 1 hari lagi untuk meninggalkan kita.Oh ramadhan harap-harap dapat lagi untuk bertemu di tahun hadapan.Dan yang paling best....akhirnya aku dapat berbuka puasa dengan org-org yang penting.Terutamanya the choosen one.Walaupun majlis berbuka puasa tu penuh dengan spoil disebabkan makanan sampai lewat.Tapi makanan dan makan dengan the choosen one memang aku nanti-nantikan.Akhirnya saat itu sampai juga.Tapi kalu dapat hari-hari ok jugak kan.Poyo laa pulak aku ni.Itu pun bagi aku dah kira ok la.Betul tak.Hari tu aku tak makan banyak sebab kenyam.Walaupun aku puasa tapi aku rasa cepat kenyam pada hari tu.Pada hari tu juga aku dikerjakan tahap dewa dengan kerja-kerja pipe survey.Penat dan dahaga giler time tu.Mana taknya dah laa panas bahang mentari di campur pulak dengan panas equipment yang suhunya 300 deg c.Tapi semua tu berbaloi laa.Aku dapat rasa bertapa penatnya bekerja dalam plant pada bulan puasa.Kalu aku kerja sebagai general worker sah memang tak puasa laa.Mana tahan..panas ditambah dengan dahaga yang tahap dewa.Tapi aku berjaya juga puasa....dan berjaya melawan hawa nafsu.Hehhe...

Saturday, October 6, 2007

Minggu yang memeritkan

Hujung minggu yang memboringkan.Aku dari pagi tadi asyik tgk pc je.Duduk tengok transaction dalam acc bank.Alhamdulilah segala yg dikehendaki telah masuk dalam acc.Yahoo.....boleh buat raya.Selesai je urusan tu aku pun pergi cuci keta.Belum sempat nak bawak pulang keta...mak oi...hujan lebat laaa pulok.Lebat giler.Aku memang bercadang nak pergi clinic hari ni.Dah 2 minggu batuk tak baik-baik.Dari ubat yang paling power sekali aku makan tak jadi apa-apa.Aku pergi jumper doctor dia bagi tau ada infection dekat dalam aku punya tekak.Ada tanda-tanda kemerahan cuma tak ada tanda-tanda luka lagi.Mujur juga.Doktor dia bagi aku steriod lagi.Mak oi nampak macam teruk laa pulak.Harap-harap dapat laaa sembuh sebelum raya.

Apa yang tersimpul dan terikat semuanya telah terlerai.Alhamdulilah.Walaupun hasilnya kurang membrangsangkan tapi aku puas hati dengan apa yang aku lakukan.Sekurang-kurangnya aku cuba.Cuba dapat apa yang di inginkan.Mcm posting aku yang lepas....apa yang kita nak itu la yang tak dapat.Betul tak?Yang kita tak nak tu laa yang kita dapat.Tapi tak per semuanya ada hikmat di sebaliknya.Sesuatu perkara tak akan terjadi dengan sendirinya kalu tidak apa penyebab.Perjalanan masih panjang...hidup mesti terus.Langkah mesti kedepan.Walaupun ada halangan dihadapan jadikan ia batu loncatan untuk mara dan terus mara.Anyway thanks.....4 a loverly moment.

Wednesday, October 3, 2007

10,9,8,7,6,5,4,3,2,1 Coundown

Masa bergerak pantas...jam berdetik dengan laju.Sedar tak sedar ramadhan bakal melabuhkan tirainya.Hanya tinggal 10 hari terakhir dibulan ramadhan.Pada awal nya rahmat,pertengahannya pengampunan dan akhirnya dibebaskan dari belenggu apa neraka.Sekarang ni kita berada dalam fasa terakhir ramadhan.Sedangkan kita bz dengan amalan-amalan kita juga bz dengan persiapan raya kan.Bagi aku akhir-akhir ramadhan ni tak dapat aku nak bg fokus 100% dengan ibadat.Mana tidaknya asyik dengan majlis berbuka puasa di luar rumah.Jadi masa pun pendek.Aku seronok dengan ramadhan kali ini.Walaupun terpaksa berjauhan dengan mereka-mereka yang tersayang tapi aku tetap hubungi mereka hampir setiap hari.Kalu tak hubungi pun aku akan sms mereka bertanya kan berita dan khabar.Rasa juga sedih dihati kerana belum berkesempatan lagi untuk berbuka puasa dengan mereka-mereka ini.Insyallah ada masa lagi ni aku akan berbuka puasa bersama-sama mereka.

Hujung minggu aku turun naik pergi nilai.Ubah angin,sambil-sambil mengenali tempat-tempat disana.Mana tau kalau-kalau kena jadi orang sana pulak selepas ni.Aku berjaya harungi apa tindakan yang aku nak buat pada sabtu minggu lepas.Walaupun tiada hitam atau putih yang aku dapat at lease aku bangga dengan apa yang aku lakukan.At lease aku to be a gentleman.Betul tak.Sama ada baik or bad hasilnya semuanya kita perlu raikan.Bukan hanya kemenangan sahaja untuk diraikan.Kekalahan dan kegagalan juga perlu diraikan sekurang-kurangnya kita tau di mana kita sekarang ni.

Hari selasa hari yang paling mendebarkan.Apa tidaknya hari tu adalah hari aku kena present mengenai safety.Sampai je kat opis aku terserempak dengan org yang aku msg hari sabtu baru ini.Org yang aku telah luahkankan isi hati aku.Tak dapat aku bagi tumpuan untuk presentation aku.Apa tidaknya pegang je kertas present tangan aku terketar ketar macam orang yang baru tersempak dengan hantu.Tak pernah lagi aku dengan perasaan gemuruh mcm tu.Tapi hari ini aku berkesempatan berbuat dengan dia.Bertanya khabar.Sengaja aku datang awal untuk elakan dari berjumpa...tapi dia lebih awal datang.Nak tak nak aku buat keras je.Aku sembang dengan dia pasal kerja,pasal nak buat majlis buka poser dan pasal persiapan raya.Walaupun hanya sekejap...namun aku tetap puas hati.Anyway thanks......sangat-sangat.Kerana diberi peluang untuk berkata-kata walaupun sekejap......Hehehe.Untuk the special one SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Tuesday, October 2, 2007

Tak Bisa Memilihmu

Tak Bisa Memilihmu

Telah jauh terpisah, diriku dan dirimu,
Dalam ruang dan waktu,
Sendiriku jalani sepiku, tanpa dirimu,
Resahku tanpa hadirmu,
Sungguh berat hatiku untuk merasakannya

Salahku mencintai dirinya saat jauhku terpisah
Darimu,Dan hadirnya menyentuh hatiku,
Untuk cintainya,
Hatiku pun inginkannya,
Hingga runtuh setiaku kepada dirimu

Kusakiti hatimu yang tulus mencintaiku….

C/O
Maaf ku tak bisa memilih dirimu
Karena kuterhanyut mencintai dia
Inilah salahku yang memberi ruang
Didalam hatiku tuk mencintainya…

(terhanyut jiwa ini,terjatuh dihatinya)