Thursday, September 27, 2007

Rindu

Rindu....Apa dia yek?Tetiba aku teringat satu perkataan ini.Iaitu rindu atau dalam english miss.Rindu adalah satu perasaan yang hadir dalam jiwa kita bila kita terkenangkan sesuatu terutamanya seseorang.Hadirnya perasaan ini tanpa kita sedari.Kita sendiri tidak menjanggka bagaimana ianya boleh hadir.Bila sahaja rindu.....air mata menjadi penawar jika tidak dapat melepaskan perasaan rindu.Rindu pada wajah,rindu pada suara dan rindu pada rindu.Alahai begitu puitisnya aku hari ini.Walaupun sentiasa terserempak....perasaan rindu juga boleh wujud.Sentiasa tersempak tapi tidak bersuara.....boleh jadi rindu pada suara.

Aku juga sedang menrindu...merindu pada seseorang yang dekat dimata.Betul ada lirik lagu yang mengatakan "Sama sekampung lagi dirindu,inikan lagi jauh dimata".Tapi bila nampak je orang yang kita rindu...terus hilang perasaan rindu.Ada juga yang kata tak nampak tuan tengok bumbung rumah pun jadilah.Boleh laa juga mengubat perasaan yang sedang merindu.

Rindu aku biar saja laa aku yang selami.Biar saja aku saja yang merasa.Walaupun rindu aku ini kadang-kadang difikirkan tiada maknanya.Huhuh.Tapi biarlah..atlease dia sentiasa ada kat ruangan hati aku.Dan aku bangga merinduinya.....Amin wassalam.......

No comments: