Tuesday, September 25, 2007

Aku menulis.....

Sendirian aku bertanya pada diri aku....mengapa aku menulis?Aku sendiri pun tidak faham mengapa aku boleh menulis.Aku yang dulu sangat tidak suka dengan bahan-bahan penulisan tapi sekarang ni menjadikan aku seorang yang suka menulis.Suka menulis pasal diri aku dan orang yang related dengan aku.Diri aku yang serba tidak lengkap.

Aku merasakan dengan menulis aku rasa bebas....Aku rasa tiada halangan untuk aku mencurahkan perasaan aku ini di atas blog ini.Bila gembira,sedih atau tidak puas hati...aku akan menulis.Betul ada pepatah mengatakan mata pena lebih tajam dari mata pedang.Sebab itu sebelum kita merdeka karyawan-karyawan terkenal di tangkap kerana idealogi yang mereka sebarkan terus terpahat diminda rakyat.Ok aku tinggalkan sejarah itu.Yang berlalu biarkan ianya berlalu.Sekarang aku terus fokus untuk kedepan.

Hari ini tiada apa yang menarik dalam kitaran hidup aku.Aku seperti biasa pergi dan balik kerja serta berbuka puasa,terawih dan bersahur.Cuma aku menunggu masa.....menunggu masa untuk bertindak untuk terakhir kali.Aku berharap ini usaha yang terakhir.Selepas ini aku biarkan "MIRACLE DO HAPPEN".Selepas ini aku hanya berharap kepada miracle.Wow...Miracle atau keajaiban.Walaupun terpaksa berhadapan dengan banyak lagi cabaran hasil dari tindakan aku ini.Malu dan malu.Itu adalah impak yang aku nampak buat masa ini.Tapi buat apa nak dimalukan kalu benda itu betul.Yang pasti kita ikhlas memberitahu perkara yang sebenar.

MALU BERTANYA SESAT JALAN
MALU MAKAN LAPAR
MALU MEMCUBA TAK DAPAT

Itulah yang aku pegang buat masa ini.Selagi kita merasa terdaya dan mempunyai ruang tidak salah untuk kita mencubanya.Pastikan ini cubaan yang terbaik.Untuk pengetahuan semua dalam cubaan ini aku perlu untuk menulis juga karangan.Menulis karangan untuk di hantar kepada THE CHOOSEN ONE.Tapi aku tidak pandai untuk berbahasa berbunga-bunga....tapi bagi aku cukup untuk aku menulis apa yang aku alami dan apa yang aku rasa.Aku tidak berkesempatan untuk face to face jadi ini lah cara yang aku rasa terbaik untuk kali ini.Semoga doakan kejayaan aku.HENDAKNYA.Mengenai poem aku dah nak masuk fasa-fasa terakhir.Cuma aku tak sempat nak translate into english.Tapi bila di baca dalam bahasa melayu terrasa jiwang sangat.Hahah...Dun worry nanti aku akan postkan kat sini....

ADIOUS......

No comments: