Sekarang ni buat inspection pun sorang2.Memang nak bergambar pun mmg tak leh nak bergaya mana laa.Snap sendiri sendiri laaa.Tu gambar kat belakang tank aka tanki.Nama dia ballast water.Mungin kandungan dia air kot.Tapi tak tau la air jenis-jenis apa.T-6619 tu nama equipment.Setiap equipment ada nombor dia sendiri.66 tu bermakna tank ini berada di unit 66.Kat area tank biasanya pipe line memang besar.Setakat ni paling besar 36" siap dengan insulation.
Yang sebelah kanan tu pipe yg 36" dan berinsulation.Insulation ni mcm pembalut dia.Biasanya pipe line yang ada insulation dia panas.Biasanya pipe line steam laa.Insulation ni fungsi untuk kekalkan suhu dan keselamatan pun ada laaa juga.Tapi kita tak rasa panas bila sentuh.Disebalik insulation tu ada juga fiber.Mcm ala-ala kapas gitu.Yang putih tu pipe 16".Kecik Je.
Ni pun kat area tank juga.Bayangkan laa pipe yang besar tu.Nak panjant pun payah.Panas cuaca bukan main lagi laa.Memang basah laaa satu baju bila masuk site.Mencabar?Memang mencabar laaa.Kadang2 takut jugak duduk sorang2 kat area yang takder orang.Kadang2 biawak pun ada.Heran juga aku dalam plant pun ada biawak.Boleh idup pulok?
On da way balik dari buat inspection.Biasanya 2 jam laa akan duduk dalam plant.Itu pun kalu tak hujan laa.Semua tank tu kat belakang aku tuh.
1 comment:
mantap !
Post a Comment